Saturday, September 27, 2014

Ubah Atau Jadi Bahan Lawak

anwar pakatan chinese
PETALING JAYA: Sudah tibanya Pakatan Rakyat (PR) membuat perubahan ekoran kekalahan PAS di Pengkalan Kubor dan dengan semakin sedikitnya Exco PAS dalam kerajaan Selangor.

Penganalisis politik, Prof Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yussof berkata PR sudah seperti hidup segan mati tidak mahu. Ini kerana masih adanya pemimpin yang cetek ilmu tolak ansur dalam politik.
“Semoga PRK Pengkalan Kubor memberi pengajaran kepada setiap pemimpin dalam PR untuk memperbaharui semula komitmen kerjasama mereka” katanya.

Tambahnya lagi, tanpa komitmen, pemimpin dan idea baru, impian PR untuk ke Putrajaya hanya sekadar bahan lawak sahaja.
Lebih malang lagi, apabila lawak itu ialah lawak yang tidak nakal.
“Saya mulai ragu sama ada PR boleh kuat seperti dulu. Sikap PAS dalam kes MB Selangor dan sikap PKR dan DAP yang tidak turun berkempen untuk PAS dalam PRK Pengkalan Kubor menunjukkan hubungan PAS dalam PR ini seperti retak menunggu belah, ujar beliau.
Jelasnya lagi ini semua berpunca dengan langkah Kajang, kerana langkah Kajang dibuat oleh PKR tanpa terlebih dahulu berbincang dengan PAS, Jika menurut PKR, sikap PAS dalam kes pelantikan MB Selangorlah punca kekalahan.
“Krisis PAS-PKR ini telah membuatkan rakyat yang ingin melihat PR menjadi saingan kepada BN kecewa dan hilang harapan. Belum pun ke Putrajaya, banyak sangat krisis yang timbul,” kata Mohammad Agus.
Dalam PAS pula ada pemimpin yang mahu membentuk kerjasama dengan UMNO, tetapi apabila diminta berbuat demikian tidak mahu pula dan masing-masing tuduh menuduh antara satu sama lain dalam PR.
Mohammad Agus berkata, PR perlu segera membuat perubahan sekiranya mereka ingin berdepan dengan UMNO dan Barisan Nasional (BN).

No comments: