Friday, July 18, 2014

#MH17: MAS Sudah Hancur Lebur


Bila pesawat MH17 terhempas di bumi Ukraine, impaknya bukan kepada pesawat itu saja tapi secara teknikalnya, MAS menjadi syarikat penerbangan yang paling dijauhi oleh mana-mana agensi insuran tempatan dan antarabangsa.

Aku tak pasti dengan apa cara MAS boleh terus beroperasi kalau tidak ada syarikat insuran yang berani menawarkan perkhidmatan kepada mereka lagi.  Sudah pasti tidak ada penumpang yang akan menggunakan perkhidmatan MAS lagi kerana tidak ada jaminan kalau sesuatu berlaku kepada mereka.

Pampasan insuran untuk waris tragedi MH370 pun tak selesai lagi sampai sekarang, dah tambah satu lagi tragedi lain.  Kalau MAS masih boleh bertahan lagi selepas ini, memang aku salute lah kepada siapa yang bertanggngjawab tu.

Bagaimanapun, bila difikir-fikirkan semula, insiden malang ini sebenarnya tidak sepatut berlaku kalau Najib selaku Menteri Kewangan berani untuk membankrapkan MAS lebih awal sebaik tragedi MH370 berlaku pada 8 Mac lepas.

Memang kebarangkalian besar pesawat MH17 ini ditembak jatuh, bukan nahas yang disebabkan masalah teknikal sehingga MAS nak disalahkan, tapi memandangkan MAS milik kerajaan dan diuruskan dengan wang rakyat, jatuh dengan apa sebab sekalipun, pasti akan memberi kesan kepada negara.

Jadi kalau tanya aku siapa bersalah dalam hal ini, aku kata Najib yang salah.  Ukraine atau kumpulan pemisah yang berkemungkinan menembak jatuh kapal terbang tersebut dengan peluru berpandu, hanyalah penyebab jatuh sahaja, bukan punca utama.

Dah terbang dalam wilayah dia yang kebetulan sedang berkonflik, ditembaknya sajalah, mana nak tahu itu pesawat tentera atau pesawat awam, dah nama pun kumpulan pemisah bukan tentera rasmi yang lengkap dengan segala latihan serta peralatan.


Punca utamanya ialah Najib.  Jika Najib bangkrapkan MAS awal-awal, semua ini pasti tidak akan berlaku dan kalau berlaku sekalipun, Malaysia sekurang-kurangnya tidak dikaitkan kerana MAS sudah tidak wujud lagi, wang rakyat juga tidak akan terusik.

Oleh yang demikian, Pakatan Rakyat patut guna peluang ini untuk menyerang Najib habis-habisan.  Kita sudah hilang kelebihan politik bila pesawat itu disahkan terhempas kerana ditembak peluru berpandu, bukan masalah teknikal.

Untuk menggantikan kerugian tersebut, Pakatan Rakyat perlu guna angle ini untuk membangkitkan kebencian rakyat terhadap kerajaan.

13 comments:

PailangPR said...

berani dakwaan blog ni, tapi fakta ada.

Anonymous said...

sesungguhnya aku sedang berpuasa.

Anonymous said...

Blog sampah...

Anti PR said...

Otak bodoh mcm penuh taik. Ini yg dinamakan kemalangan. Tak lagi org yg cakap tu akan mampos kerana hidup utk menyalahkan org lain saja.1048

jimie said...

Bodoh punye page

Anonymous said...

Sebangsat-bangsat manusia ialah mereka yang mengambil kesempatan dikala negara sedang berhadapan dengan musibah. Sesungguhnya para pengkhianat ini sedang menunjukkan belang mereka yang sebenarnya. Dari luaran mereka nampak macam biasa tapi didalam jasad mereka, hanyalah iblis yang ingin bermaharajalela di bumi Malaysia yang tercinta ini. Adakah mereka ini layak digelar Warganegara Malaysia ? Tidak sama sekali. Para Pengkhianat ini tidak seharusnya berkuasa dan menguasai Malaysia yang tercinta.

Anonymous said...

blog paling bangang abad ini....

Anonymous said...

Puasa ke tak?

k|sa_fabs said...

Penulis yg jd bangang ni xnk ke ckp salah najib jugak?

Anonymous said...

Fakta apa yang penulis ada? Cuma yang nampak, opportunist. Memang bangsa bangsat! Harap 1 hari nanti ada pulak anak2 si penulis ni mampus terhempas dek kapal terbang gak. Yang pasti kapal terbang tu bukan MAS. Amin!!!

Anonymous said...

percayalah wahai sahabat akan rukun iman yg ke 6..qada' & qadar tuhan jgn di pertikai..walau siapa pun yg menjadi pemimpin, tp ingat lah yng DI ATAS.
berkuasa setiap yg ada.kalau Dia kata 'kun fa ya kun ' maka jd lah ia...

Anonymous said...

Bodoh. Contoh blogger Melayu Islam yg sangat bodoh. Baik kau salahkan tuhan ajer sbb menjadikan menjadikan manusia dari pelbagai bangsa yg akhirnya menyebabkan konflik dan peperangan. Tuhan dah buat silap ka? Atau tuhan sudah silap design otak kau yg tak cukup vitamin tu??

Anonymous said...

Sungguh bangsat ayat kau wahai penulis. Pemikiranmu terlampau cetek! Bila hati dah mula hitam, ni lah jadinya. Kandungan buku "Cara-cara menjatuhkan sesebuah institusi" yg dikeluarkan oleh seorang penulis dari Israel lahnatullah, berkata, adalah dengan terus menaburkan fitnah dan peerkara yang tidak betul'. Itu cara Israel lahnatullah... kau di pihak yang mana? Nak lawan kerajaan, saing cara sihat. Bukan ni caranya. Mana tak rosak pemikiran generasi baru di Malaysia ini!